Submit Email & Dapatkan Berita Panas Melayu Boleh Sekarang!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner





http://www.mesra.net/edirossa/art.kru.jpg

SELEPAS 16 tahun, trio adik beradik, KRU yang mencetus revolusi dalam industri muzik Melayu masih kukuh berdiri bahkan berkembang menjadi satu jenama Melayu Boleh yang kian disegani di peringkat antarabangsa.

Bermula pada 1992 sebagai pelopor muzik Melayu moden, KRU memainkan peranan besar dalam perubahan cita rasa lagu tempatan sekali gus membuka ruang kepada pelbagai aliran muzik moden lain khususnya hip hop, pop dance dan R&B.

Awal penubuhan, KRU bergiat aktif dalam penerbitan muzik, penciptaan lagu, pertunjukan pentas dan pengurusan kerjaya seni mereka semata-mata.

Bagaimanapun, 1996 menjadi titik permulaan kepada trio yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim apabila mereka memberanikan diri untuk menceburi dunia perniagaan lebih aktif dengan menubuhkan syarikat rakaman sendiri.

Pelbagai perkembangan organik dapat dilihat bagi entiti perniagaan KRU khususnya dalam industri hiburan, pengiklanan dan teknologi maklumat dan komunikasi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0501/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpg

Hari ini, KRU bangga dengan teras perniagaan yang pelbagai merangkumi penerbitan filem, muzik, program televisyen, bahan bacaan dan pengurusan acara. Sejajar dengan hala tuju syarikat dan penjenamaan yang lebih konsisten, kesemua syarikat KRU yang dulunya dikenali sebagai KRU Films, KRU Music Group, KRU Communications and KRU Media digabungkan dalam satu entiti iaitu KRU Studios.

Jenama Melayu Boleh ini tidak hanya berkembang di negara sendiri, malah KRU juga memberanikan diri untuk mengeksport produk tempatan ke pasaran dunia.

Perancangan mereka untuk menawan pasaran antarabangsa khususnya Asia, Eropah dan Amerika Utara. Sebagai permulaan, KRU sudah mampu menarik nafas lega apabila produk mereka kini mula bertapak di Los Angeles, Hong Kong, Singapura, Jakarta, Stockholm dan London.

Sudah genap 16 tahun KRU berkecimpung dalam industri muzik dan dunia perniagaan dengan empayar yang dibina.

Syarikat ini juga berjaya menghasilkan beberapa buah filem yang menggunakan kepakaran dalam penggunaan teknologi canggih iaitu teknik CGI dan meletakkan mereka ke satu tahap yang membanggakan.

Ini terbukti apabila filem Melayu Boleh keluaran pertama, Cicak-Man meraih kutipan berjumlah RM6.7 juta (kutipan filem tempatan tertinggi pada 2006) disusuli Duyung yang mencatat kutipan keseluruhan RM6.4 juta (kutipan filem tempatan tertinggi pada 2008 setakat ini).

Rentetan kejayaan ini merealisasikan kemunculan sekuel filem Cicakman 2 - Planet Hitam yang dijadual akan menembusi pawagam pada 27 November ini. Penghasilan empat filem tempatan setahun menjadi sasaran KRU untuk tahun depan. Ini termasuk sebuah filem penerbitan bersama dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat menerusi penghasilan filem Hollywood, Deadline.

“Harapan kami dengan kolaborasi seperti ini dapat membuka peluang yang lebih luas untuk KRU mencipta nama Melayu Boleh ke peringkat global,” kata Norman dalam satu kenyataan media.



Begitu juga dalam melahirkan ramai artis Melayu Boleh yang berbakat pelbagai negara seperti Anita Sarawak, Aznil Nawawi, Adam dan Dafi mewakili Malaysia.

Kumpulan Syuga, The Lima, Mendua dan Pianka ialah barisan artis Indonesia yang menaungi KRU, manakala Sleeq dari Singapura dan juga empat gadis dari Sweden, Ladylike turut memperkemaskan langkah KRU di peringkat global.

“Ini menunjukkan KRU serius dalam usaha mengembangkan sayap ke peringkat antarabangsa. Dari segi hak cipta muzik, KRU juga semakin selesa apabila mempunyai katalog himpunan lagu melebihi 500 buah.

“Kesemua lagu adalah ciptaan sendiri dan komposer di bawah naungan KRU Publishing dan kita turut melesenkan lagu itu untuk kegunaan pemasaran global,” katanya.

Norman berkata, KRU juga peka dengan pasaran yang pelbagai dalam industri perniagaan. Bagi yang gemar membaca, KRU memasarkan pelbagai keluaran novel seperti Sumpahan Fasha, Badang, Cicak-Man, Kian dan banyak lagi.

Bagi mereka yang menjadikan komik sebagai teman membaca, komik pertama keluaran KRU adalah Siri Komik Cicak-Man yang mempunyai judul berbeza dalam setiap edisi setiap bulan.

“Komik ini mencatat penjualan sebanyak 30,000 naskhah pada awal pengeluaran. Bukan itu saja, bagi mencuri perhatian peminat kecil, KRU memperkenalkan buku mewarna Duyung dan Cicakman untuk mempelbagaikan produk di pasaran,” katanya.




Perancangan kerjasama dengan stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan rancangan menarik juga sudah disusun.

Antara perancangan yang dirangka oleh trio Melayu Boleh pouplar ini adalah ianyaberkonsepkan genre aksi, seram dan komedi menggunakan teknologi digital dalam penerbitan visual dan audio termasuk aplikasi CGI sekali gus membantu menaikkan kualiti program televisyen tempatan,” katanya.

credit : http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=newspaper&id=980

1 comments

  1. Adney  

    June 8, 2009 at 10:10 PM

    huhu.. sye bangge dengan KRU.. sentiase tertarik dgn perkembangan semae diorg..