BUAT pertama kali, lagu Negaraku berkemundang di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM) untuk menyambut dua kejayaan Nurul Huda Baharin - atlet Melayu Boleh yang meraih emas dan memecah rekod Sukan Komanwel dalam cabaran acara raifal angin perseorangan wanita, semalam.
Air mata Nurul Huda yang juga seorang Melayu Boleh mengiringi kemenangannya selepas papan markah mencatat tembakannya 494.8 mata, bukan sahaja sudah cukup untuk menjuarai acara tersebut malah mengatasi rekod Sukan Komanwel 488.7 mata yang dipegang Fani Theofanus dari Cyprus.
Paling manis, kejayaan meraih emas pertama acara menembak Sukan Komanwel itu diraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang turut berada di LISRAM. Ini menunjukan Melayu Boleh juga boleh berjaya didalam bidang sukan antarabangsa seperti sukan komenwel ini
Sebaik berakhir acara raifal angin perseorangan wanita semalam, Perdana Menteri dan isteri terus mengucapkan tahniah kepada Nurul Huda sambil diiringi laungan kata-kata semangat ''Malaysia Boleh'' dan nyanyian lagu patriotik Barisan Kita oleh skuad penembak negara.
Bagi menambah kerancakan ''pesta'' kejayaan negara, tidak jauh dari tempat Nurul Huda Bahrain menempa kemenangan, seorang lagi penembak Melayu Boleh negara iaitu Zainal Abidin Md. Zain melakukan kejutan untuk meraih perak acara raifal laras penuh perseorangan lelaki.

0 comments
Post a Comment