Submit Email & Dapatkan Berita Panas Melayu Boleh Sekarang!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner





Salam sejahtera semua,

Terima kasih atas kesudian anda semua mengunjungi dan memberi sokongan keatas blog Melayu Boleh ini. Tanpa anda sokongan anda semua, blog Melayu Boleh ini tidak mampu bergerak sejauh ini..

http://farm4.static.flickr.com/3028/2948149150_a0d39cac65_o.jpg

Banyak sebab untuk saya ceritakan mengenai blog Melayu Boleh ini yang mempunyai keunikan tersendiri kepada diri saya selaku tuan punya blog Melayu Boleh ini. Tujuan asal penubuhan blog Melayu Boleh ini adalah kerana menyahut cabaran yang telah dibuat oleh pihak admin JOMBINCANG yang mana mereka telah menganjurkan satu pertandingan SEO bagi kata kunci "Melayu Boleh" ini. Atas rasa tanggungjawab sosial, mereka menganjurkan cabaran Melayu Boleh ini bagi memastikan kata kunci "Melayu Boleh" ini berada pada landasan yang sebenar, dalam erti kata lain imej kata kunci ini lebih positif dan sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia. Pertandingan ini berlangsung selama tempoh 2 bulan. Blog yang menduduki tangga teratas dalam senarai enjin carian GOOGLE.COM akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Oleh itu, saya juga memberanikan diri dalam usaha membantu mereka membersihkan imej kata kunci "Melayu Boleh" ini dengan menyahut cabaran ini. Di awal pertandingan ini saya sudah pasti cabaran yang datang pasti hebat kerana kebanyakan diantara mereka yang bertanding sudah arif & mahir dalam selok belok SEO ini. Oleh sebab itu saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenagi cabaran Melayu Boleh ini tapi sekadar mengambilnya sebagai satu tanggungjawab sosial selaku anak Melayu Boleh.

Pada awal penyertaan, blog Melayu Boleh ini sudah mendapat perhatian bukan sahaja daripada dalam negara tetapi juga dari luar negara. Disitu mula sedikit keyakinan terpancar didalam diri saya untuk mencabar keupayaan diri sendiri dalam memberikan cabaran kepada rakan-rakan yang bertanding.

Tuah seolah-olah datang kepada saya yang mana blog ini mampu berada pada page 1 muka hadapan enjin carian GOOGLE.COM! Sesuatu yang diluar dugaan saya kerana tidak pernah bermimpi akan mampu capai ke muka hadapan kurang enjin carian GOOGLE.COM dari tempoh 1 bulan setelah cabaran ini berlangsung.

Saya petik kata-kata ini..."KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI SIANG HARI"..Setelah beberapa minggu mampu berada ditangga hadapan, tiba-tiba blog ini disuspend oleh pihak blogger ( disyaki SPAM dari blog ini ) dan selang beberapa hari selepas itu blog cabaran Melayu Boleh dikenakan tindakan (kena FLAG..adoiii)

http://kevin.lexblog.com/Picture%204(21).png

Saya tidak mengsyaki sebarang unsur kianat @ negatif yang berlaku. Ini mungkin kerana nasib tidak menyebelahi blog Melayu Boleh ini. Atas semangat ingin lihat kata kunci Melayu Boleh ini terus positif dimasa hadapan, saya terus mengorak langkah dengan blog ke 2 ini ( blog yang sedang anda baca ni..)

Pada masa blog ke 2 ini dilancarkan, kurang dari tempoh satu bulan sahaja lagi cabaran ini akan berakhir. Untuk blog ke 2 ini saya tidak lagi menaruh harapan untuk menduduki carta panas kata kunci Melayu Boleh ini tetapi sekadar ingin terus melihat imej Melayu Boleh ini terus positif.

Tuah seolah-olah datang buat kali kedua yang mana blog cabaran Melayu Boleh ini masih mampu untuk bersaing dan hanya mengambil masa kurang dari 2 minggu untuk berada di page 3 dan seterus berada di page 1. Namun saya tidak menaruh harapan untuk menang kerana sedar rakan-rakan seperjuangan pasti akan berhabis-habisan untuk merebut kerusi panas Melayu Boleh ini.

Kini hanya kurang daripada 48jam sahaja lagi keputusan akan dikeluarkan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah melawat & memberikan sokongan kepada blog Melayu Boleh ini. Sekiranya saya mampu memenangi cabaran ini, ianya dianggap satu BONUS BESAR buat diri saya kerana tanpa sokongan anda siapalah saya & blog Melayu Boleh ini.

http://www.dailyblogtips.com/wp-content/uploads/bloggingidol1.jpg

Akhir kata, diharap anda semua sudi untuk membantu saya dengan membuat BOOKMARK (hanya tekan CTRL+D) ke atas blog cabaran Melayu Boleh ini sebagai tanda kerjasama kita untuk melihat imej kata kunci Melayu Boleh ini lebih positif dimasa hadapan!

p.s - Keputusan rasmi cabaran Melayu Boleh ini akan saya kongsikan disini..Mungkin tuah menyebelahi saya buat kali ke-3..???? Doakan kejayaan saya & sama-sama kita nantikan!

0 comments